Lima pelajar tahfiz ditahan 'ragging' junior sehingga cedera - Utusan Malaysia

Lima pelajar tahfiz ditahan ‘ragging’ junior sehingga cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Tindakan lima remaja mendera dan membuli pelajar junior di sebuah Madrasah Tahfiz di Hulu Langat dekat sini sehingga cedera mengundang padah apabila mereka ditahan polis, semalam.

Penahanan suspek berusia lingkungan 14 sehingga 24 tahun itu yang juga merupakan pelajar senior di Madrasah tersebut dilakukan selepas satu laporan polis berhubung kejadian berkenaan yang dibuat oleh bapa saudara mangsa kira-kira pukul 6.19 pagi.

Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata, laporan berkenaan dibuat oleh seorang lelaki memaklumkan bahawa anak saudaranya berusia 11 dan 12 tahun yang juga pelajar tahun kedua telah dibuli dan dipukul oleh pelajar senior di madrasah berkenaan.

Kata beliau, hasil siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan fizikal di muka dan badan dipercayai akibat ditampar, ditumbuk dan ditendang oleh pelajar senior berkenaan.

Malah, jelas beliau, kejadian itu dipercayai telah berlanjutan selama beberapa bulan dimana kedua-dua mangsa telah dibuli atau ‘raging’ tanpa pengetahuan pihak Madrasah selain itu mangsa juga diugut supaya tidak menceritakan kejadian kepada sesiapa. 

“Kedua-dua mangsa kemudian telah dirujuk ke hospital dan doktor telah mengesahkan salah seorang mangsa mengalami kecederaan pendarahan di mata kiri dan seorang lagi perlu menjalani pemeriksaan lanjut.

“Atas maklumat tersebut, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang kemudian telah berjaya membuat tangkapan ke lima pelajar senior di Madrasah tersebut pada hari yang sama dan  mereka direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Mohd. Zaid, kes disiasat di bawah Seksyen 147 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang mana jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 2 tahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya. 

“Pihak Polis menyeru mana-mana individu yang ada maklumat berhubung kejadian ini diminta untuk menghubungi IPD Kajang di talian 03-89114222 atau mana-mana Balai Polis atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Suresh di talian 017-4333795,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.