Ah long tawar kepada pekerja Malaysia di Singapura tumpas - Utusan Malaysia

Ah long tawar kepada pekerja Malaysia di Singapura tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kegiatan sindiket ah long  memberi pinjaman kepada warga tempatan yang bekerja di Singapura lumpuh selepas empat individu ditahan dalam dua serbuan  di sekitar Bukit Pasir dan Taman Banang, Batu Pahat, Isnin lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam serbuan  pukul 1.30 petang itu polis menahan empat lelaki berusia 23 hingga 36 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan terbabit.

Menurut beliau, siasatan mendapati kesemua suspek turut melakukan perbuatan khianat dan ugutan jenayah terhadap mangsa-mangsa dan keluarga mangsa yang melakukan pinjaman itu.

“Keempat-empat suspek mengaku terlibat dalam sindiket ah long dan menawarkan pinjaman antara SGD300 hingga SGD1,000 (RM900 hingga RM3,000) dengan bayaran bunga 20 peratus.

“Hasil siasatan yang dijalankan juga mendapati kesemua suspek turut melakukan perbuatan khianat dan ugutan jenayah terhadap mangsa-mangsa dan keluarga mangsa yang melakukan pinjaman itu apabila gagal membuat bayaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, polis turut merampas lima unit komputer riba, 21 unit telefon bimbit, 18 keping kad bank, tiga buku catatan mengandungi nombor telefon peminjam serta enam keping kertas yang terpapar gambar peminjam.

Turut dirampas 56 keping sim kad, seutas jam tangan berjenama mewah, enam unit pendrive, dua unit modem dan wang tunai RM9,700.

Ayob Khan berkata, kesemua suspek yang ditangkap direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama sembilan hari sehingga esok.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 436 Kanun keseksaan khianat melakukan dengan api ke atas kediaman dan Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1952 menjalankan aktiviti pemberi pinjaman tanpa lesen.

Sejak Januari hingga kini, sebanyak 168 kertas siasatan dibuka Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor melibatkan perlakuan khianat oleh kumpulan ah long dengan 123 kes khianat simbah cat dan 45 lagi kes baling molotov cocktail.

Susulan itu, JSJ Johor berjaya menahan seramai 45 orang yang melibatkan 12 kumpulan sindiket ah long dengan 33 daripadanya dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA), 26 dikenakan perintah pengawasan dan tujuh dikenakan hukuman perintah tahanan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya