Empat pemilik akaun media sosial hina Agong disiasat - Utusan Malaysia

Empat pemilik akaun media sosial hina Agong disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis melakukan siasatan terhadap empat pemilik akaun Twitter dan Facebook kerana mengeluarkan kenyataan berhubung Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berunsur hasutan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed berkata, siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman melibatkan beberapa individu termasuk pemilik akaun Facebook, ‘Ronnie Liu Tian Khiew’.

Katanya, ia susulan hantaran yang dimuat naik pemilik akaun FB itu tertulis ‘Now in Bangkok, they are saying no to the king (Kini di Bangkok mereka katakan tidak kepada Raja)’ pada 21 Oktober lalu.

“Kita juga menyiasat pemilik akuan Twitter ‘Uncle Ireeve’ kerana memuat naik kenyataan berunsur penghinaan terhadap Al- Sultan Abdullah selain Liew Lip Nan yang mempertikaikan video dimuat naik Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung tujuh wasiat Raja-Raja Melayu.

“Siasatan juga dibuat ke atas pemilik akaun FB ‘Ho Ruey Terng’ yang memuat naik kenyataan berunsur penghinaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Huzir, susulan itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 52 tahun di Cheras dan merampas peralatan digunakan untuk memuat naik kenyataan tersebut.

“Kita menyeru pemilik akaun ini tampil menyerah diri dan jika ingkar, tangkapan dibuat dalam masa terdekat.

“Kesemua kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai juga diingatkan supaya lebih bertanggungjawab dan sentiasa menghayati prinsip Rukun Negara iaitu ‘Kesetiaan kepada raja dan negara’ bagi mengelak perlakuan yang mempunyai kecenderungan menghasut sekali gus merosakkan keharmonian negara,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya