Jangan bagi muka! - Utusan Malaysia

Jangan bagi muka!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BULAN lalu, negara dikejutkan dengan penerbitan buku bertajuk Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia yang mempamerkan satu logo mirip Jata Negara yang diubah suai sebagai penghias kulit buku berkenaan.

Buku berkenaan disunting oleh penulis, Kean Wong. Berikutan itu polis telah merampas buku tersebut yang telah pun dicetak sebanyak 1,000 naskhah dan telah terjual secara dalam talian. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2016, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 8 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Persoalannya, bagaimanakah penerbitan buku ini boleh terlepas sehingga berjaya dicetak dan dijual? Perbuatan penerbit buku ini jelas amat biadab dan boleh dianggap pengkhianat negara.
Provokasi melampau bermotifkan politik ini tidak boleh dibenarkan berlaku, apatah lagi melibatkan lambang negara. Sebelum ini sudah acap kali perbuatan biadab seumpama itu berlaku termasuk Jalur Gemilang yang dipasang dan dikibarkan secara terbalik. Ini termasuk mempersendakan Bahasa Kebangsaan.

Justeru, rakyat Malaysia perlu berperanan untuk mengambil tahu apa yang berlaku dengan menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa.
Sebagai warganegara Malaysia yang sejati, sensitiflah dengan apa jua bentuk provokasi sebegini.

Jangan hanya berdiam diri kerana tidak mahu melayan isu-isu yang boleh menghakis semangat patriotisme sedangkan ia merupakan asas yang perlu ada sebagai identiti rakyat Malaysia.

ABDUL RAZAK
Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya