Kemaskini ujian MySiren bermula, orang ramai mula terima notifikasi kecemasan

Ujian MySiren dilaksanakan serentak seluruh negara

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai mula menerima notifikasi kecemasan pada telefon bimbit masing-masing susulan pelaksanaan ujian Sistem Amaran Awal Nasional (MySiren) secara serentak di seluruh negara, hari ini.

Ujian yang berlangsung dari pukul 10.10 hingga 10.30 pagi itu bertujuan menguji keupayaan sistem berkenaan dalam menyalurkan amaran kecemasan secara pantas kepada pengguna telefon bimbit.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil turut meninjau pelaksanaan ujian MySiren di Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di Kampung Pulau Meranti dekat sini pagi ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

MySiren dibangunkan bagi membolehkan orang ramai menerima amaran awal sekiranya berlaku kecemasan, sekali gus memberi ruang kepada mereka mengambil tindakan segera bagi melindungi nyawa dan harta benda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini