Bot ‘koboi’ tiada peralatan kecemasan, keselamatan, ceroboh kawasan

Bot ‘koboi’ tiada peralatan kecemasan, keselamatan, ceroboh kawasan

Bot koboi
BOT ‘koboi’ ditahan oleh DOF Selangor dekat 11.3 batu nautika dekat perairan Tanjong Karang, di Kuala Selangor, Selangor, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Bot ‘koboi’ dikendalikan seorang tekong warga tempatan dikesan tidak mempunyai peralatan kecemasan serta kelengkapan keselamatan di perairan berdekatan Tanjong Karang, di sini, kemarin.

Pengarah Jabatan Perikatan (DOF) Selangor, Noraisyah Abu Bakar berkata, keadaan bot Kelas C itu dikesan demikian selepas ia ditahan kira-kira pukul 5 petang kerana menggunakan pukat tunda di kawasan bawah 15 batu nautika.

“Penahanan bot di kedudukan 11.13 batu nautika di perairan Tanjung Karang dilakukan hasil rondaan DOF. Semasa ditahan didapati bot itu dikendalikan seorang tekong tempatan bersama empat kru termasuk warga Indonesia dan Myanmar yang berusia 30 hingga 40 tahun.

“Bot tunda kelas C berkenaan didapati menangkap ikan menggunakan pukat tunda di bawah 15 batu nautika. Ia seterusnya dikesan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau menambah, hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati bot tersebut juga tidak dilengkapi dengan peralatan keselamatan semasa pemeriksaan dijalankan.

Tegasnya, peralatan keselamatan adalah aspek penting untuk melindungi nyawa kru bot, khususnya dalam situasi kecemasan di laut bagi mengurangkan risiko lemas.

“Kita turut merampas hasil tangkapan dianggarkan sebanyak 300 kilogram.

“Bot berkenaan kemudiannya diiring masuk ke Jeti Limbungan Perikanan, Pelabuhan Klang untuk siasatan lanjut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN