Ancaman bom di bangunan UMBC - Utusan Malaysia

Ancaman bom di bangunan UMBC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 23 Ogos 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan lebih seribu pekerja pelbagai jabatan di bangunan 26 tingkat milik UMBC gempar dan bertempiaran melarikan diri apabila mendapat maklumat bahawa sebutir bom telah ditanam di situ.

Keadaan bertambah cemas apabila kesemua pekerja berebut-rebut untuk turun melalui tangga kecemasan serta enam lif di bangunan tersebut setelah menerima satu panggilan telefon pada pukul 9.25 pagi.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 23 Ogos 1975 – Kumpulan Nasyid Sinar Dakwah Sungai Seputeh, Ulu Selama, Perak bakal mengambil bahagian dalam pertandingan nasyid yang dianjurkan oleh RTM.
  • 23 Ogos 1977 – Zainun Awang, 44 tahun, dari Kampung Pahat, Mukim Kerunai, Grik, Perak meninggal dunia selepas terpijak jerangkap samar komunis di hutan berdekatan kampungnya.
  • 23 Ogos 1979 – Perkhidmatan kesemua lima bas MARA di Pulau Langkawi lumpuh berikutan kerosakan angkara perbuatan khianat sejak enam hari lalu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya