Serangan siber cetus gangguan berantai

Serangan siber cetus gangguan berantai

WALAUPUN hanya menggunakan papan kekunci sebagai alat, ia boleh membunuh mangsa secara senyap dengan serangan-serangan di media sosial melalui hantaran-hantaran dan komen-komen dan boleh diibaratkan seperti racun yang menyerang tubuh sedikit demi sedikit. – UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gangguan bekalan elektrik berpanjangan susulan serangan siber boleh menjejaskan rangkaian telekomunikasi, sistem pembayaran elektronik dan operasi kemudahan kesihatan sekiranya sistem sokongan tidak mampu bertahan.

Penyelidik Kanan Centre for Cybersecurity and Data Intelligence (CCDI), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Prof. Madya Dr. Zubaile Abdullah berkata, serangan terhadap sistem Operational Technology (OT) membimbangkan kerana sistem berkenaan mengawal operasi loji janakuasa, sistem rawatan air dan kemudahan industri.

Katanya, pencerobohan yang tidak dikesan boleh membolehkan penyerang bergerak dalam rangkaian sebelum cuba mengakses sistem kawalan fizikal berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekiranya sistem ini berjaya diceroboh dan dimanipulasi, kesannya bukan sekadar kehilangan data malah boleh menyebabkan gangguan bekalan elektrik, air, kerosakan peralatan dan dalam keadaan tertentu mengancam keselamatan nyawa.

“Dalam konteks keselamatan negara, serangan seperti ini juga boleh digunakan sebagai sebahagian daripada strategi peperangan asimetrik untuk melemahkan keupayaan sesebuah negara tanpa serangan ketenteraan secara langsung.

“Keutamaan bukan hanya menghalang pencerobohan tetapi memastikan perkhidmatan penting masih dapat diteruskan sekiranya serangan berjaya berlaku,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Semalam, akhbar ini melaporkan, walaupun Malaysia menerima 5,110 serangan siber sepanjang tahun ini, tetapi serangan tersebut berjaya ditangani dengan pantas ekoran tahap keselamatan digital negara mempunyai keupayaan menanganinya.

Keupayaan itu sekali gus memberi jaminan bahawa sistem siber negara kekal dilindungi daripada ancaman yang berpotensi menjejaskan keselamatan data serta infrastruktur kritikal.

Mengulas lanjut, Zubaile berkata, Malaysia sudah mempunyai asas pertahanan siber yang baik, namun keupayaan itu belum mencukupi untuk mengesan dan menyekat semua serangan terhadap infrastruktur kritikal negara.

Katanya, antara aspek yang perlu diperkukuh ialah pemantauan keselamatan secara berterusan khususnya terhadap sistem OT yang mempunyai keperluan operasi berbeza daripada rangkaian teknologi maklumat (IT) biasa.

“Oleh itu, pengasingan rangkaian IT dan OT, kawalan akses pembekal serta pengesanan aktiviti mencurigakan perlu diperkukuh.

“Selain teknologi, Malaysia perlu memperbanyak latihan simulasi serangan yang melibatkan operator infrastruktur kritikal, agensi keselamatan dan pihak berkaitan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini