Pas Pusat tidak campur tangan kedudukan ADUN Bersatu

Pas Pusat tidak campur tangan kedudukan ADUN Bersatu

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas Pusat menegaskan tidak mencampuri urusan pentadbiran tiga negeri dibawah pimpinan partinya berhubung kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dilantik sebagai exco kerajaan negeri.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri masing-masing untuk ditentukan mengikut keperluan pentadbiran.

Menurutnya, kepemimpinan Pas Pusat hanya akan menerima laporan sekiranya isu berkenaan membabitkan hal ehwal parti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Buat masa ini, kepemimpinan pusat Pas menyerahkan perkara berkaitan pentadbiran negeri kepada kerajaan negeri masing-masing. Parti hanya akan menerima laporan membabitkan isu berkaitan parti,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan, Datuk Kamarudin Md. Nor sah dilapor digugurkan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berkuat kuasa kelmarin.

Perkara tersebut kemudian disahkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas pelantikan ADUN Ayer Lanas itu sebagai Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan tidak disambung dan mendapat perkenan Sultan Kelantan.

Perkembangan itu turut menimbulkan persoalan mengenai kedudukan dua lagi ADUN Bersatu Kelantan yang berkhidmat sebagai timbalan exco dalam pentadbiran negeri.

Mereka ialah ADUN Paloh, Datuk Shaari Mat Hussain yang memegang jawatan Timbalan EXCO Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi serta ADUN Gual Ipoh, Bahari Mohd Nor selaku Timbalan EXCO Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat.

Untuk rekod, Pas ketika ini mentadbir tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini