mySalam perkukuh jaringan perlindungan di Pulau Tuba

mySalam perkukuh jaringan perlindungan di Pulau Tuba

SYUHAIB Ithnin (tengah) bergambar bersama penduduk bersempena Karnival 3K di Pulau Tuba, Langkawi, Kedah semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Skim Mysalam terus memperkukuh usaha dalam memastikan masyarakat layak mendapat akses kepada perlindungan kewangan dan maklumat berkaitan manfaat skim tersebut.

Terbaharu, penganjuran Karnival 3K yang membawa tiga teras utama iaitu kewangan, kesihatan dan kebajikan kepada komuniti setempat berlangsung di Pulau Tuba, Langkawi semalam yang mendapat sambutan hebat.

Ketua Skim mySalam di Great Eastern Takaful Berhad, Syuhaib Ithnin berkata, program yang berlangsung di Pulau Tuba itu mencerminkan komitmen mySalam untuk mendekati masyarakat termasuk mereka yang tinggal di kawasan pulau dan lokasi yang jauh dari pusat bandar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, ia sekali gus memastikan faktor geografi tidak menjadi penghalang kepada komuniti untuk mengetahui dan mendapatkan manfaat perlindungan disediakan.

Ujar beliau, Karnival 3K tersebut turut memberi penekanan kepada aspek literasi kewangan dan kesejahteraan komuniti dengan antara pengisian ialah sesi taklimat, BijakWang Amazing Race, reruai berkaitan kewangan, pemeriksaan kesihatan percuma dan pelbagai lagi.

“Pelaksanaan program mySalam di Pulau Tuba menjadi antara usaha mendekati masyarakat setempat bagi memastikan mereka mendapat pendedahan mengenai skim berkenaan serta memahami manfaat yang boleh dinikmati sekiranya memenuhi kriteria ditetapkan,” katanya sempena Karnival 3K di Pulau Tuba semalam.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Tan Sri Johan Mahmood Merican yang turut meluangkan masa meninjau kawasan sekitar Pulau Tuba.

Sempena karnival berkenaan, sebanyak 400 bakul makanan turut disumbangkan kepada penduduk Pulau Tuba oleh pihak mySalam, Great Eastern Takaful Berhad, Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selain sumbangan 300 beg sekolah beserta kelengkapan sekolah oleh Great Eastern Takaful Berhad.

Sumbangan tersebut melengkapkan pendekatan Karnival 3K yang bukan sahaja mengetengahkan aspek perlindungan kewangan dan kesihatan, tetapi turut mengambil kira keperluan kebajikan masyarakat.

Syuhaib berkata, mySalam diuruskan sepenuhnya oleh Great Eastern Takaful Berhad itu diwujudkan untuk memastikan golongan yang layak mempunyai jaringan perlindungan ketika berdepan saat yang mencabar.

Katanya, disebabkan itu, usaha berkenaan tidak terhenti kepada menyediakan manfaat semata-mata sebaliknya memastikan masyarakat mengetahui, memahami dan dapat mengakses manfaat tersedia untuk mereka, termasuk komuniti yang berdepan kekangan maklumat akibat faktor lokasi.

“Kehadiran kami di Pulau Tuba ini mencerminkan komitmen ini. Tidak kira di mana mereka berada sama ada di bandar, kawasan pedalaman atau kepulauan, lokasi tidak seharusnya menjadi penghalang kepada akses terhadap perlindungan berkenaan.

“Matlamat kami untuk merapatkan jurang antara kelayakan dan tuntutan manfaat, agar mySalam benar-benar dapat membantu meringankan beban kewangan apabila berlaku penyakit kritikal atau kemasukan ke hospital,” katanya.

Sehingga 31 Oktober lalu, lebih dua juta penerima menerima manfaat mySalam dengan jumlah bayaran tuntutan melebihi RM1.59 bilion.

Sementara itu, Pengerusi Koptubas, Mohd Fadzlan Nor berkata, karnival berkenaan membantu memberi maklumat berkaitan manfaat skim mySalam kepada penduduk di Pulau Tuba.

“Alhamdulilah program ini sangat-sangat membantu dalam memberi maklumat kepada penduduk berkaitan manfaat mySalam. Selain itu, ia juga meriah dengan kehadiran lebih 3,000 penduduk yang turut bersama-sama menikmat kenduri rakyat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini