Malaysia perlu hubungan baik dengan Myanmar selesai isu pelarian

Malaysia perlu hubungan baik dengan Myanmar selesai isu pelarian

ANWAR Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mengekalkan hubungan diplomatik yang baik dengan Myanmar bagi membantu menyelesaikan isu pelarian dari negara berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, masalah berkenaan tidak dapat diselesaikan sepenuhnya pihak antarabangsa atau negara luar dan memerlukan rundingan secara langsung dengan kerajaan Myanmar.

Malah katanya, pendekatan berunding dengan pihak berkuasa Myanmar membolehkan rakyat negara itu dibawa pulang secara berperingkat, selepas puluhan tahun tidak diselesaikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“200,000 rakyat Myanmar di Malaysia tidak akan diselesaikan badan antarabangsa dan negara asing. Betapa hebat pun mereka berbicara, kita terpaksa menyelesaikannya sendiri.

“Jadi kita runding dengan baik dengan Kerajaan Myanmar dan setakat ini sekitar 10,400 sudah dibawa keluar, manakala ribuan lagi telah diatur untuk dibawa pulang,” katanya semasa berucap dalam Majlis Peluncuran Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2026-2030 di sini hari ini.

Anwar berkata, kerajaan turut membangkitkan isu keselamatan pelarian yang dihantar pulang dalam rundingan dengan Myanmar bagi mendapatkan jaminan keselamatan.

“Jadi bila ada jaminan itu, bolehkah kita pantau dari jauh? Jawabnya boleh. Kita bukan menyerahkan mereka dibunuh,” katanya.

Anwar dalam masa yang sama turut menegaskan isu keselamatan negara tidak boleh dipisahkan daripada kebijaksanaan kerajaan dalam mengekalkan hubungan diplomatik dengan negara jiran dan serantau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini