Ada beza bagi pendapat dan mengumpat - Sweet Qismina - Utusan Malaysia

Ada beza bagi pendapat dan mengumpat – Sweet Qismina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Sweet Qismina meluahkan rasa bimbang dengan corak penggunaan platform media sosial yang dipenuhi dengan perkara negatif sejak kebelakangan ini

Menurut Sweet atau Farhanna Qismina Supandi, dia melihat rata-rata pengguna semakin lantang dan berani menggunakan medium tersebut sebagai platform untuk memberi pandangan dan menjatuhkan seseorang.

”Kita tengah hidup dalam dunia di mana semuanya perlu dihakimi. Semua kehidupan orang dibuka aibnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semua yang tiada kena mengena mahu dibahaskan. Semua terpaling tahu apa yang berlaku dalam kehidupan seseorang,” katanya di Threads.

Pun begitu, pelakon drama Menantu Tanpa Reda itu turut mengingatkan orang ramai bahawa tidak semua perkara yang dikatakan pandangan itu tidak mendorong seseorang individu untuk berkata buruk tentang sesuatu perkara.

“Ingat, ada beza bagi pendapat dan mengumpat. Sentiasa ingat untuk muhasabah diri okey? Kita berubah perlahan-lahan okey? Cakap untuk diri sendiri juga,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut bersetuju dengan peringatan halus yang disampaikan oleh pelakon itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini