Lan Koperal Thierry masih beri arahan biar pun cedera

Lan Koperal Thierry masih beri arahan biar pun cedera

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lans Koperal Thierry Rodger Fendy masih mampu memberikan arahan kepada orang sekeliling untuk berlindung daripada bahaya biar pun cedera ditetak warga asing dalam kejadian di Desa Amanpuri, Kepong pada 11 November lalu.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Seri Noor Hisam Nordin berkata, anggota terbabit menjalankan tugas dengan prosedur operasi standard (SOP) lengkap dan betul.

Menurutnya, namun keadaan di luar jangkaan menyebabkan perkara tidak disangka berlaku. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau dilihat dari video dan jawapan yang diberikannya Lans Koperal Thierry, dia masih lagi boleh mengawal keadaan biar pun sedang cedera putus pergelangan tangan.

“Dia masih beri ‘command’ ke atas orang sekitar untuk berlindung dari bahaya. Dia masih boleh bertindak kerana dia ikut SOP ditetapkan ketika situasi genting,” katanya selepas mengadakan lawatan kebajikan terhadap Thierry di Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 11 November lalu, Thierry cedera parah selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan dua parang ketika menjalankan tugas di sebuah pangsapuri di Desa Aman Puri, Kepong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini