Bahari digugurkan sebagai timbalan exco, diganti Zuraidin

Bahari digugurkan sebagai timbalan exco, diganti Zuraidin

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang lagi wakil rakyat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) digugurkan daripada menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan sejak 11 November lalu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Ipoh, Bahari Mohd. Noor digugurkan daripada jawatan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri.

Katanya, penamatan perkhidmatan wakil rakyat tersebut berkuat kuasa pada Rabu lalu dan pemakluman mengenainya sudah dibuat melalui pejabat Ahli MMKN Kelantan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehubungan itu, Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan hari ini membuat keputusan melantik ADUN Chetok, Datuk Zuraidin Abdullah yang juga Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan sebagai Timbalan Exco baharu menggantikan YB Bahari.

“Datuk Zuraidin akan menjalankan tugas Timbalan Exco Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan berkuatkuasa pada hari ini (17 November),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau seterusnya mewakili kerajaan negeri untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bahari atas khidmat dan sumbangannya kepada kerajaan dan rakyat Kelantan, khususnya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Gual Ipoh, sepanjang tempoh perkhidmatannya.

“Kita juga mengharapkan Datuk Zuraidin Abdullah dapat menerima amanah ini dengan sebaiknya dan meneruskan khidmat terbaik kepada kerajaan dan rakyat Kelantan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini