Jumlah keluar mengundi cecah 59.31% setakat pukul 3 petang - Utusan Malaysia

Jumlah keluar mengundi cecah 59.31% setakat pukul 3 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peratusan keluar mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka setakat pukul 3 petang tadi mencapai 59.31 peratus membabitkan seramai 396,877 pengundi.

Berdasarkan pemantauan data peratusan yang dikeluarkan secara real-time oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam menunjukkan jumlah keluar mengundi tertinggi setakat ini iaitu 67.89 peratus manakala DUN Bandar Hilir mencatatkan jumlah terendah iaitu 49.27 peratus.

Orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini peratusan keluar mengundi menerusi paparan di laman rasmi SPR, https://dashboard.spr.gov.my. – UTUSAN

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini