Jangan jadikan hadis akhir zaman bahan polemik politik

Jangan jadikan hadis akhir zaman bahan polemik politik

ZULKIFLI HASAN- JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hadis akhir zaman, termasuk yang berkaitan dengan Dajjal, perlu dipelihara daripada tafsiran yang berasaskan polemik dan kebencian politik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, sebarang dakwaan berkaitan agama tidak seharusnya melampaui batas pengetahuan dan dalil.

“Hadis-hadis akhir zaman termasuk mengenai Dajjal merupakan sumber yang wajib dipelihara daripada pentafsiran dan naratif yang dibina atas polemik dan kebencian politik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Marilah kita semua bersatu hati membina dan memperkukuh ukhuwah Islamiah bukan menanam kebencian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) antara kerajaan dengan Ahli Parlimen pembangkang sebagai “pendekatan Dajjal pada akhir zaman”.

Menerusi tulisan Minda Presiden Pas bertajuk Tempias Dajjal Sudah Tiba, Abdul Hadi mendakwa perjanjian itu menjadikan kuasa sebagai alat untuk terus berkuasa, sedangkan kuasa merupakan amanah yang perlu ditunaikan kepada semua rakyat. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini