Air Sungai Pahang makin naik, penduduk siap hadapi banjir

Air Sungai Pahang makin naik, penduduk siap hadapi banjir

Paras air Sungai Pahang dan Sungai Semantan di Temerloh semakin naik menyebabkan pendudk bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Paras air Sungai Pahang dan Sungai Semantan mula meningkat susulan hujan di kawasan hulu, namun penduduk di sepanjang kedua-dua sungai itu tidak panik, sebaliknya sudah melakukan persiapan awal menghadapi kemungkinan banjir lebih besar pada musim tengkujuh tahun ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa lokasi sekitar Temerloh hari ini mendapati paras air kedua-dua sungai termasuk di Esplanade Temerloh masih terkawal meskipun cuaca mendung diselangi hujan sekali-sekala.

Berdasarkan pemerhatian di lapangan, keadaan belum menunjukkan tanda-tanda banjir dalam tempoh dua hingga tiga hari ini, namun situasi boleh berubah sekiranya hujan lebat berterusan terutama di kawasan hulu sungai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seorang pengusaha ternakan ikan patin dalam sangkar, Hikmah Hayudin, 53, atau lebih dikenali sebagai Chu Patin, merupakan antara pengusaha yang berdepan risiko kerugian sekiranya paras air sungai meningkat secara mendadak.

Sebagai langkah persediaan, pengusaha ikan sangkar di sepanjang Sungai Pahang mula memperkukuh ikatan sangkar pada pokok besar di tebing sungai bagi mengelakkan dihanyutkan arus deras.

Selain peningkatan paras air, arus deras yang membawa sampah sarap dan batang kayu turut menjadi ancaman kepada sangkar ikan ketika musim banjir.

Sementara itu, penduduk Kampung Bangau Tanjung di sini, Zainal Abidin Abdullah, 61, antara penduduk yang sudah membuat persediaan awal menghadapi kemungkinan banjir dengan mengemas dokumen penting dan menyediakan bekalan keperluan harian.

Pengalaman menghadapi banjir besar sebelum ini ba­nyak mengajar penduduk supaya lebih peka terhadap perubahan paras air sungai dan keadaan cuaca di kawasan hulu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini