40 pengundi PRN Sarawak terdiri generasi muda - Utusan Malaysia

40 pengundi PRN Sarawak terdiri generasi muda

ABDUL KARIM RAHMAN HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kira-kira 40 peratus pengundi dalam Pilihan Raya Negeri Ke-13 (PRN13) Sarawak pada 12 Disember ini terdiri daripada pengundi baharu yang berusia 18 tahun ke atas.

Ketua Penerangan Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ini sekaligus menjadikan golongan muda dilihat penentu penting keputusan pilihan raya.

Justeru katanya, peningkatan jumlah pengundi baharu memerlukan semua parti politik memainkan peranan aktif dalam menggalakkan golongan berkenaan keluar mengundi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pengundi baharu perlu diberikan ruang untuk menilai calon dan parti berdasarkan kemampuan serta sumbangan mereka kepada rakyat. Ini tanggungjawab kita untuk mendidik anak-anak yang layak mengundi supaya menggunakan akal fikiran dengan baik, membuat analisis sendiri mengenai mana yang bagus dan mana yang tidak sebelum memilih wakil rakyat.

“Kita tidak mahu pemikiran mereka diracuni dengan sentimen ekstrem, termasuk menghasut supaya tidak mengundi seseorang hanya kerana perbezaan bangsa atau agama,” katanya pada sidang akhbar hari ini

Mengulas persediaan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Abdul Karim yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, setiap bakal calon akan melalui proses tapisan termasuk aspek kesihatan, status kebankrapan serta rekod kesalahan jenayah bagi memastikan mereka memenuhi syarat kelayakan.

Beliau berkata, calon yang mengalami penyakit kronik sehingga menjejaskan kemampuan menjalankan tugas sebagai wakil rakyat juga perlu mempertimbangkan kesesuaian untuk bertanding.

“Kalau seseorang calon itu sendiri sudah menggunakan tongkat atau kerusi roda, mungkin tidak perlulah kerana jika menang, dia perlu menjaga kawasan selama lima tahun.

“Bagaimanapun, keputusan akhir mengenai calon tetap terletak pada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg yang akan menilai semua aspek termasuk kesihatan, latar belakang, akademik dan pergaulan,” katanya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini