Siasatan baja lewat selesai, dua bakal didakwa

Siasatan baja lewat selesai, dua bakal didakwa

ABD. HALIM AMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Siasatan kelewatan pembekalan baja di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) selesai sepenuhnya dengan cadangan dua individu akan dituduh dalam masa terdekat.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd. Halim Aman berkata, pertuduhan akan dibuat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM iaitu berkaitan penyelewengan dan dokumen palsu.

“Penyiasatan SPRM terhadap masalah pengedaran baja di Kedah terhadap petani dan pesawah telah selesai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami akan merujuk kes itu kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), jika seandainya diberikan keizinan mungkin minggu depan atau minggu lagi satu pertuduhan akan didaftarkan di mahkamah,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-59 SPRM dan Perhimpunan Bulanan SPRM di sini hari ini.

Abd. Halim enggan mendedahkan siapa individu yang akan dituduh.

Pada 7 September lalu, SPRM membuka kertas siasatan berhubung isu kelewatan pengagihan bekalan Baja Sebatian Tambahan (Baja Padi 3) kepada pesawah di Kedah, susulan aduan oleh Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) pada 26 Ogos berhubung kelewatan pembekalan baja.

Kelewatan oleh pihak pembekal yang dilantik Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) itu telah menjejaskan keperluan pesawah di kawasan MADA berkeluasan 100,000 hektar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×