Samun kedai emas, lelaki bersenjata larikan barang kemas RM300,000 - Utusan Malaysia

Samun kedai emas, lelaki bersenjata larikan barang kemas RM300,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah kedai emas di Damansara Damai di sini disamun seorang lelaki bersenjatakan senjata tajam sebelum melarikan barang kemas dianggarkan bernilai kira-kira RM300,000, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 1.19 tengah hari semalam.

Menurutnya, suspek bertindak menyamun premis berkenaan menggunakan senjata tajam sebelum melarikan barang kemas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek seorang lelaki bersenjatakan senjata tajam telah membawa lari barangan kemas yang dianggarkan bernilai lebih kurang RM300,000,” katanya dalam kenyataan.

Shamsudin berkata, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan bagi kes rompak bersenjata.

Katanya, polis masih giat mengesan suspek dan siasatan masih diteruskan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran.

“Mereka juga boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 bagi membantu siasatan,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini