PRN Melaka: Pintu rundingan BN-PH masih terbuka

PRN Melaka: Pintu rundingan BN- PH masih terbuka

Pekerja pelarian
AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pintu rundingan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dengan mana-mana parti termasuk barisan Nasional (BN) masih terbuka untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keutamaan kini diberikan untuk mencapai kemenangan, selain memastikan sebarang kerjasama yang dibentuk dapat memenuhi kepentingan rakyat.

“Kami berunding dengan semua pihak, tetapi keutamaannya sangat mudah. Keutamaan pertama tentunya adalah kemenangan pihak kami dan setiap pihak juga mempunyai kepentingan masing-masing.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kedua adalah sejauh mana kepentingan rakyat dapat ditangani menerusi gabungan yang kami bentuk,” katanya semasa sidang elepas merasmikan Sunway Medical Centre Damansara, di sini, hari ini.

Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, kestabilan politik antara elemen penting yang perlu diberikan perhatian dalam pembentukan sebarang kerjasama politik.

Katanya, kestabilan politik membolehkan pemulihan ekonomi negara dilaksanakan selain membantu kerajaan menangani pelbagai keadaan termasuk ketika berdepan krisis.

“Kestabilan politik mesti menjadi keutamaan bagi setiap gabungan yang mahu kita bentuk. Perkara kedua ialah apakah manfaatnya kepada rakyat, khususnya bagaimana kita mahu membantu golongan miskin, menangani dasar perumahan dan sebagainya.

“Ketiga, sudah tentunya ia perlu menghasilkan situasi yang memberikan manfaat kepada semua pihak,” katanya.

Beliau berkata, setiap parti atau gabungan mempunyai kepentingan serta fokus masing-masing, justeru sebarang kerjasama bukan sekadar bertujuan memenangi kerusi sebaliknya perlu melihat dasar yang boleh dikongsi bersama.

“Kami membuka ruang perbincangan. Nampaknya saya menerima pelbagai reaksi daripada pemimpin ketika ini.

“Namun, sebagai ketua jentera pilihan raya, apa yang boleh saya sahkan adalah kami sedang berbincang dan cuba mendapatkan keputusan serta penyelesaian yang boleh diterima oleh setiap gabungan yang terbabit. Jadi, semua kemungkinan masih terbuka,” katanya.

Ditanya secara khusus mengenai perkembangan perbincangan antara PH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Amirudin berkata, mungkin terdapat perkembangan mengenainya minggu depan.

“Menjelang minggu depan, saya fikir kita mungkin akan mendapat sesuatu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×