Kelemahan Java ancam sistem komputer kerajaan di seluruh dunia 

Kelemahan Java ancam sistem komputer kerajaan di seluruh dunia 

KELEMAHAN keselamatan kritikal dalam bahasa pengaturcaraan Java membolehkan penggodam menceroboh sistem komputer.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHENZHEN: Kerajaan di seluruh dunia mengeluarkan amaran berhubung kelemahan keselamatan kritikal dalam bahasa pengaturcaraan popular, Java yang membolehkan penggodam menceroboh sistem komputer.

Amaran itu merupakan insiden keselamatan siber berprofil tinggi terbaharu dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS), Calif, yang menemui kelemahan keselamatan siber dalam satu lagi bahasa pengaturcaraan, PHP pada Oktober lalu berkata, pihaknya turut mengesan pepijat dalam fungsi pengurusan memori Java.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kelemahan itu boleh membolehkan penggodam melaksanakan kod dari jarak jauh atau menyebabkan sistem mengalami kerosakan dan terhenti beroperasi.

Pihak berkuasa AS, Korea Selatan, Jerman dan Britain serta syarikat teknologi China, Tencent, menggesa syarikat dan organisasi memasang pembaikan keselamatan bagi menangani kelemahan berkenaan. 

Lapor Reuters, Tencent Cloud turut memberi amaran kepada pelanggannya, kelemahan dalam kit sumber terbuka yang dikenali sebagai ‘Java4Shell’ itu boleh membolehkan penyerang tanpa pengesahan mencuri maklumat sensitif atau mengambil alih kawalan pelayan yang terjejas.

Sementara itu, agensi keselamatan siber Belanda berkata, pihaknya sedang menyiasat isu tersebut.

Kebimbangan paling ketara dilihat di Korea Selatan yang menggunakan Java secara meluas. Pejabat Presiden negara itu mengadakan mesyuarat tergempar bersama agensi kerajaan pada 17 November bagi membincangkan langkah pencegahan untuk menangani ancaman berkenaan, lapor agensi berita Yonhap.

Java digunakan secara meluas sektor awam dan swasta. Java, yang boleh diperoleh menerusi Oracle serta kit pembangunan Java sumber terbuka, merupakan antara bahasa pengaturcaraan paling banyak digunakan di dunia.

Teknologi itu digunakan dalam sistem maklumat kritikal merangkumi agensi kerajaan, sektor korporat, institusi kewangan dan ketenteraan.

Gangguan teknologi sejak kebelakangan ini serta kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kelemahan perisian kembali memberi perhatian kepada keselamatan siber korporat dan daya tahan infrastruktur teknologi maklumat kritikal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini