BN tidak terlibat kempen PRN Sarawak  - Utusan Malaysia

BN tidak terlibat kempen PRN Sarawak 

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Barisan Nasional (BN) tidak terlibat kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang bakal berlangsung pada hujung bulan ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, namun ia tidak bermakna kepentingan dan kebajikan rakyat Sarawak diabaikan.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, pihak kementerian akan ke Sarawak bagi memperjelaskan isu berkaitan pelaksanaan dan penangguhan beberapa projek pembangunan di negeri itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walaupun jentera parti tidak terlibat secara langsung untuk membantu kempen, kementerian mempunyai tanggungjawab melalui agensi-agensi di bawahnya untuk membangunkan kesemua 82 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak.

“Kementerian mempunyai agensi-agensi untuk kumpulan sasaran tertentu, adalah lebih baik jika kita berada di sana untuk membantu memperjelaskan bukan sahaja soal-soal dasar kepada kepentingan untuk pemegang taruh, tetapi tentang pelaksanaan.

“Terdapat beberapa penangguhan projek di negeri Sarawak yang perlu dijelaskan oleh pihak KKDW, kerana ianya tidak boleh dijelaskan oleh pihak kerajaan negeri,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Penyelarasan Antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Dengan Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB) Ke- 62 Bilangan 2 Tahun 2026 di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, antara projek akan diberi tumpuan seperti pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang telah lama diluluskan namun belum dilaksanakan.

Menurutnya, penjelasan teknikal dan status pelaksanaannya hanya boleh diperincikan oleh KKDW.

Tambahnya, pihaknya juga akan melaksanakan penyerahan projek-projek yang sudah siap dibina kepada kumpulan sasaran di negeri berkenaan dalam masa terdekat.

“Saya tahu ia akan menjadi permasalahan sekiranya ia dilakukan oleh pihak calon atau kerajaan negeri, tetapi boleh dilakukan oleh kami sebagai agensi Pusat.

“Maksudnya, kami akan turun untuk melakukan penyerahan dan juga melakukan sesi penjelasan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini