Prasarana labur RM3.4b pulih perkhidmatan rel

Prasarana labur RM3.4b pulih perkhidmatan rel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prasarana Malaysia Berhad melabur RM3.4 bilion untuk pemulihan menyeluruh perkhidmatan rel di bawah kendalian mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia dilaksanakan susulan sejak kebelakangan ini, rakyat sering berdepan kejadian tren rosak atau perkhidmatan tergendala sehingga menjejaskan perjalanan mereka ke tempat kerja.

Katanya, oleh itu Prasarana dan KTMB telah dipertanggungjawabkan untuk mengambil langkah segera bagi memastikan kelancaran perkhidmatan tren.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai penyelesaian jangka panjang, Prasarana melabur lebih 3.4 bilion ringgit untuk pemulihan menyeluruh perkhidmatan rel mereka.

“Sementara itu, kerajaan juga akan memperoleh 42 set tren baharu bagi perkhidmatan ETS dan KTM Komuter,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini