'Kepala' kereta api kargo milik KTMB terbakar - Utusan Malaysia

‘Kepala’ kereta api kargo milik KTMB terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebuah kereta api kargo milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) terbakar di Kilometer 4.75 berdekatan Taman Daya di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II, Nor Azmi Maryono berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 1.26 petang tadi.

Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika kereta api berkenaan dalam perjalanan menuju Stesen Pasir Gudang dari Stesen Kempas Baru.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Susulan itu, tujuh anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke lokasi kejadian. Setibanya di lokasi, anggota mendapati kebakaran itu melibatkan bahagiaan kepala atau depan.

“Anggaran kerosakan adalah kira-kira lima peratus daripada kenderaan. Tiada mangsa dilaporkan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini