Polis siasat aduan libat Mohd. Shuhaily di KLIA

Polis siasat aduan libat Mohd. Shuhaily di KLIA

MOHD. SHUHAILY MOHD. ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung aduan insiden yang membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan dilaksanakan mengikut proses sewajarnya bagi memastikan setiap keterangan dikumpul dan kertas siasatan dilengkapkan sebelum tindakan selanjutnya dibuat.

“Apabila aduan telah dibuat, maka pihak berkuasa yakni polis akan menjalankan siasatan. Keterangan diambil dan dikumpul, kemudian mereka lengkapkan kertas siasatan,” katanya selepas majlis penyerahan projek Membina dan Meroboh serta Menaik Taraf Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Karak di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Saifuddin, AKPS adalah agensi yang masih baharu, iaitu berusia kira-kira dua tahun namun mempunyai tanggungjawab besar dalam memastikan kawalan sempadan negara dilaksanakan dengan berkesan.

Katanya, ia diwujudkan bagi menggabungkan peranan beberapa agensi sebelum ini dalam satu entiti, khususnya bagi memperkukuh kawalan di pintu masuk dan keluar negara.

“Tentang usia dia, baru dua tahun. Tentulah kami kena menyiapkan banyak perkara. Tetapi pencapaiannya luar biasa,” katanya.

ADS:D

Terdahulu pada 28 September lalu, menerusi video yang tular, Mohd. Shuhaily dilihat memarahi seorang individu lain di satu lokasi di KLIA. Pada masa sama, turut tular salinan dakwaan seorang individu yang mendakwa dirinya dikasari Mohd. Shuhaily.

Mohd. Shuhaily dalam satu sidang akhbar kemudiannya berkata, beliau menyerahkan kepada kerajaan berhubung tindakan yang mungkin dikenakan terhadapnya susulan video tular berkenaan. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN