Perjuang nasib mahasiswa B40, nobat Mohamad Amar Aidid sebagai Tokoh Siswa Negara 2026

Perjuang nasib mahasiswa B40, nobat Mohamad Amar Aidid sebagai Tokoh Siswa Negara 2026

ANWAR Ibrahim menyampaikan Anugerah Tokoh Siswa kepada Mohamad Amar Aidid Mohd Zain pada Majlis Anugerah Tokoh Siswa Negara 2026 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Berasal daripada keluarga B40 membuatkan dirinya memahami kesusahan dihadapi rakan mahasiswa lain sekali gus mendorongnya memberikan sepenuh khidmat kepada masyarakat, universiti dan negara.

Itu titik mula perjuangan Mohamad Amar Aidid Mohd Zain, pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang kemudiannya memimpin majlis perwakilan pelajarnya sehingga dinobatkan Tokoh Siswa Negara 2026.

Mohamad Amar Aidid ketika ditemui berkata, anugerah diterimanya malam ini cukup besar dan lebih manis ia disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerana pertama kali saya masuk ke universiti, saya melihat ada tanggungjawab untuk membantu rakan-rakan yang lain terutama daripada keluarga B40.

“Saya hidup dan saya lahir dalam denyut nadi mahasiswa yang berasal dari keluarga sebegitu. Saya tidak dibesarkan daripada keluarga yang senang, jadi saya memahami rakan-rakan saya.

“Saya dah berjanji kepada diri saya, saya akan berikan sepenuhnya diri saya kepada masyarakat, pada universiti dan negara,” katanya.

Kejayaan diraih Mohamad Amar Aidid dinilai atas daya kepimpinannya menerajui Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2024/2025, ahli Senat UUM dan Ketua Penerangan Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan (MPPK).

Anak kelima daripada enam beradik itu dibesarkan seorang ibu tunggal selepas pemergian ayah pada 2012.

Ketika diuniversiti, Muhammad Amar Aidid turut mengusahakan perniagaan gunting rambut malah, turut menawarkan peluang kepada rakan mahasiswa lain untuk menambah pendapatan.

Kejayaan terbesar Muhammad Amar Aidid diraih menerusi Kempen Solidariti Mangsa UPSI Nahas Gerik yang berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM290,651.51.

Selaku penerima anugerah Tokoh Siswa Negara 2026, Muhammad Amar Aidid turut membawa pulang
wang tunai RM5,000, Geran Mobiliti RM5,000, biasiswa, piala pusingan, trofi dan sijil pengiktirafan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×