Melaka diharap jadi saksi pengukuhan perpaduan UMNO-Pas

Melaka diharap jadi saksi pengukuhan perpaduan UMNO-Pas

MUHAMAD AKMAL SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO menyambut baik usaha menjalin kerjasama dengan Pas bagi memperkukuh perpaduan ummah.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, beliau berharap Melaka dapat menjadi saksi kepada usaha penyatuan kedua-dua parti itu.

“Alhamdulillah, kami menyambut baik cadangan dan usaha ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka boleh halang dengan menggunakan kuasa yang mereka ada, tetapi Allah balas dengan perkara yang jauh lebih baik.

“Moga ini dapat lagi memperkukuhkan perpaduan ummah ini dan Melaka akan menjadi saksi, insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan rundingan dan perbincangan antara UMNO dan Pas bagi menjalin kerjasama politik sudah dan sedang berjalan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkembangan rundingan itu amat positif susulan keterbukaan kedua-dua parti meneroka bentuk kerjasama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Ya, perundingan dan perbincangan dengan Pas sudah dan sedang berjalan. Amat positif, alhamdulillah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Kenyataan itu menyusuli hasrat Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin supaya kerjasama UMNO dan Pas diterjemahkan dalam PRN Melaka sebelum diperkukuh menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Hashim sebelum ini meminta kepemimpinan Pas Pusat meneruskan rundingan dengan UMNO bagi merealisasikan penyatuan kedua-dua parti.

Beliau turut menggesa pemimpin UMNO dan Pas mengetepikan ego, khususnya dalam soal pembahagian kerusi.

Media sebelum ini melaporkan, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan rundingan kerjasama bagi PRN Melaka masih berjalan, termasuk perbincangan mengenai penggunaan logo parti.

Menurutnya, Pas bersedia menggunakan logo sendiri atau Barisan Nasional (BN), bergantung kepada hasil rundingan kedua-dua pihak.

Perkembangan itu menyusuli penggantungan kegiatan Perikatan Nasional (PN) oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), sekali gus mengembalikan perhatian kepada hubungan UMNO dan Pas.

Bagaimanapun, bentuk kerjasama, pembahagian kerusi serta penggunaan logo bagi PRN Melaka masih belum dimuktamadkan. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN