Hampir 10,000 akaun keldai dikenakan tindakan

Hampir 10,000 akaun keldai dikenakan tindakan

PERDANA MENTERI, DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kira-kira 9,600 akaun keldai telah dikenakan tindakan setakat Disember tahun lalu, susulan usaha membanteras penipuan kewangan menerusi Portal Fraud Kebangsaan (NFP).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengesanan akaun keldai oleh institusi kewangan meningkat sebanyak 149 peratus sejak portal berkenaan diperkenalkan pada April 2024.

Katanya, Bank Negara Malaysia (BNM) sedang memperkukuh kerjasama dengan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi NFP bagi mempercepatkan proses pengesanan dana yang dicuri, akaun keldai, serta perkongsian maklumat bersama agensi penguatkuasaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penambahbaikan sedang dilaksanakan bagi memperkasakan keupayaan pengesanan dan pencegahan penipuan, selari dengan taktik sindiket jenayah kewangan yang sentiasa berubah,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen.

Anwar turut menegaskan bahawa institusi yang melanggar peraturan boleh berdepan tindakan pendakwaan, kompaun, penalti kewangan pentadbiran, atau surat amaran, bergantung kepada tahap keseriusan ketidakpatuhan tersebut.

Kenyataan itu turut menyebut BNM mengenakan syarat kawal selia ke atas bank, bank digital, dan pengendali dompet elektronik (e-wallet) bagi memastikan perkhidmatan mereka tidak dieksploitasi untuk tujuan jenayah kewangan.

Selain itu, institusi kewangan diwajibkan mengenal pasti transaksi mencurigakan, melaporkan akaun yang disyaki sebagai akaun keldai, serta mengambil tindakan serta-merta bagi menyekat pemindahan dana mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini