5,681 kes buli dilapor sepanjang tahun ini

5,681 kes buli dilapor sepanjang tahun ini

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,681 kes buli dilaporkan berlaku di sekolah seluruh negara dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, statistik itu antara lain melibatkan kesalahan buli fizikal, buli lisan, buli bukan lisan serta buli siber.

Namun katanya, angka sebenar mungkin lebih besar, mengambil kira kes buli dan salah laku disiplin di pusat pendidikan yang tidak dilaporkan berikutan ada pihak pentadbiran yang mahu menjaga imej sekolah masing-masing.

“Masalahnya kadang-kadang dilindungi (pelaku) kerana tidak mahu imej sekolah itu buruk, mahu jaga reputasi sekolah, beri laporan yang baik-baik sahaja hakikatnya anak-anak di sekolah itu berasa terdera, tertekan (apabila) masuk ke sekolah.

“Jadi jangan sembunyikan, kerana yang rosak anak ini, pendekatan tak betul. Saya setuju dalam kes-kes seperti ini, apa-apa jua pun alasan, tindakan harus diambil secara cepat dan tegas,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menjawab persoalan Datuk Seri Saifuddin Abdullah (Wawasan-Indera Mahkota) mengenai tahap kepimpinan dan kecekapan dalam menangani isu buli, dera serta keselamatan murid di sekolah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN