200 murid SMK Jengka Pusat hadapi era teknologi AI

200 murid SMK Jengka Pusat hadapi era teknologi AI

SERAMAI 200 murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka Pusat mengikuti Program Future-Ready Young Leaders: Confident Communication and Digital Entrepreneurship baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 200 murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka Pusat diberi pendedahan mengenai kemahiran komunikasi, kepimpinan dan keusahawanan digital menerusi Program Future-Ready Young Leaders: Confident Communication and Digital Entrepreneurship.

Peserta terdiri daripada 150 pelajar Tingkatan Enam, 24 pelajar Tingkatan Lima Alfa dan 26 pelajar Tingkatan Lima Gamma yang mengikuti program berkenaan sebagai persediaan menghadapi tuntutan teknologi digital yang semakin berkembang.

Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam Ahmad Rusydi Daniel Cheng Abdullah berkata, program berkenaan dirangka bagi membentuk generasi muda yang lebih yakin berkomunikasi, berdaya saing serta mampu menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi, khususnya dalam era kecerdasan buatan (AI).

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, pendedahan seumpama itu penting bagi membantu murid memahami bahawa kemajuan AI perlu disertai penguasaan kemahiran insaniah, komunikasi dan nilai diri supaya teknologi dapat dimanfaatkan secara berkesan.

Antara pengisian utama ialah sesi Head, Heart and Hand – Your Edge in the Era of AI oleh Kak Long yang memberi penekanan terhadap keseimbangan pemikiran, nilai diri dan kemahiran dalam membentuk sahsiah murid.

Program turut menampilkan TikTok Talk oleh Coach AFFIRA NSA yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan platform digital serta komunikasi dalam dunia media sosial.

Perasmian program disempurnakan Exco Kerajaan Pahang, Datuk Sabariah Saidan yang berkata, program berkenaan selaras dengan usaha melahirkan murid  mempunyai pencapaian akademik, memiliki keyakinan berkomunikasi, kemahiran digital dan keupayaan bersaing dalam persekitaran masa depan.

Katanya, penguasaan kemahiran berkomunikasi dan teknologi digital penting bagi memastikan golongan muda lebih bersedia menghadapi perubahan landskap pendidikan, pekerjaan dan keusahawanan yang dipacu perkembangan teknologi.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini