Tindakan RoS susulan aduan pelanggaran perlembagaan PN - Azmin

Tindakan RoS susulan aduan pelanggaran perlembagaan PN – Azmin

Kemiskinan Selangor
MOHAMED AZMIN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menggantung semua kegiatan Perikatan Nasional (PN) susulan aduan yang dikemukakan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Ogos lalu.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, aduan tersebut antara lain membabitkan dakwaan pelanggaran Perlembagaan PN berhubung penglibatan Bersatu dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi gabungan itu pada 16 Julai lalu.

Menurutnya, Bersatu turut membangkitkan isu kedudukan keanggotaan parti itu dalam PN serta dakwaan kewujudan kuasa veto yang mempengaruhi keputusan Majlis Tertinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bersatu telah membuat aduan bertulis pada 11 Ogos kepada RoS berkenaan pelanggaran perlembagaan PN oleh kepimpinan baharu PN.

“Aduan tersebut antara lain menyebut bahawa Bersatu tidak dilibatkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai 2026 serta isu berkaitan kedudukan keanggotaan BERSATU dalam gabungan PN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azmin berkata, tindakan menafikan hak Bersatu untuk menghadiri, memberi pendapat dan mengundi dalam mesyuarat Majlis Tertinggi didakwa bercanggah dengan Fasal 7.1 Perlembagaan PN.

Katanya, Bersatu juga telah mengemukakan aduan berhubung kewujudan ‘kuasa veto’ yang didakwa mempengaruhi keputusan dibuat Majlis Tertinggi PN.

Katanya, terdapat individu yang bukan pemegang jawatan dalam Majlis Tertinggi PN didakwa mengeluarkan kenyataan berbentuk ancaman dan tekanan untuk melucutkan atau menggugurkan Bersatu sebagai parti anggota yang sah dalam PN.

“Amalan ini bercanggah dengan kuasa yang diberikan kepada Majlis Presiden PN di bawah Fasal 7A.1(c) Perlembagaan PN,” katanya.

Dalam pada itu, Azmin berkata, RoS sebelum ini mengesahkan menerima aduan Bersatudan memaklumkan pihaknya sedang meneliti perkara tersebut berdasarkan Akta Pertubuhan 1966, peraturan berkaitan serta Perlembagaan PN.

Beliau berkata, dirinya turut hadir mewakili Bersatu untuk memberikan keterangan pada 18 Ogos lalu di Ibu Pejabat RoS, Putrajaya.

“Saya telah memberikan kerjasama penuh kepada pegawai penyiasat RoS dan menerangkan asas aduan yang dibuat pada 11 Ogos 2026.

“Kepimpinan tertinggi dan pengurusan PN digesa tidak meremehkan peranan RoS dengan mengeluarkan dakwaan yang tidak berasas terhadap jabatan berkenaan.

“RoS telah berulang kali memberi peringatan secara bertulis kepada PN supaya semua aktiviti pertubuhan dijalankan selaras dengan Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan PN.

“Bersatu akan sentiasa melaksanakan tanggungjawab untuk memelihara Perlembagaan PN dan memastikan perjalanan parti ini adalah telus, berintegriti serta menjunjung prinsip kebertanggungjawaban,” katanya.

Semalam, RoS mengesahkan mengeluarkan perintah penggantungan di bawah subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966 yang menggantung semua kegiatan PN berkuat kuasa 23 September 2026.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×