Taburan hujan melebihi biasa punca hakisan tanah di Terowong Meru

Taburan hujan melebihi biasa punca hakisan tanah di Terowong Meru

MOHAMMAD Nizar Jamaluddin (kiri) ketika menerima taklimat berhubung kejadian hakisan tanah yang berlaku berhampiran Terowong Meru baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Hakisan tanah berhampiran Terowong Meru di Kilometer 263.6, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini pada Jumaat lalu berpunca kerana taburan hujan melebihi biasa yang menyebabkan berlakunya pergerakan tanah.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pergerakan tanah, batu dan pokok itu seterusnya menyebabkan berlakunya hakisan.

“Kalau kita lihat (taburan hujan) 65 milimeter (mm) berbanding biasa lebih kurang 40 mm. Hujan lebat menyebabkan ketahanan pokok agak lemah.

“Pokok daripada 35 meter daripada atas jatuh ke bawah disebabkan berlakunya pergerakan tanah kerana hujan lebat semasa itu,” katanya semasa sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau terlibat dalam sesi taklimat berhubung kejadian tersebut daripada pihak berkepentingan seperti Plus Malaysia Berhad (Plus), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Mohammad Nizar memaklumkan, pelbagai langkah jangka masa pendek dan panjang telah dirancang sebagai intervensi seperti penggunaan dron, rondaan secara kerap dan mengukuhkan struktur kawasan lain yang terjejas.

Jelasnya, selain itu, pemantauan kawasan lain yang berisiko melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) secara 24 jam, papan tanda amaran yang sesuai serta penggunaan satelit untuk memantau pergerakan tanah dan batu secara tepat.

“Hasil pemeriksaan menyeluruh termasuk penggunaan dron bagi meneliti bahagian atas cerun yang berada di luar kawasan lebuh raya mengesahkan bahawa integriti struktur keseluruhan cerun batuan kekal stabil dan tidak terjejas.

“Kerja pemasangan kabel serta jaring penahan batu sebagai perlindungan tambahan di lokasi kejadian sedang giat dilakukan ,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×