Rakyat Malaysia kongsi pengalaman banjir di Bangkok

Rakyat Malaysia kongsi pengalaman banjir di Bangkok

PENDUDUK meredah banjir di daerah Bang Bua selepas hujan lebat selama hampir 48 jam menyebabkan paras air meningkat di semua daerah di ibu negara Thailand semalam.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang rakyat Malaysia berdepan detik mencemaskan ketika bercuti di Bangkok, Thailand selepas teksi dinaikinya meredah banjir sehingga air memasuki kenderaan dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang (DMK).

Menerusi beberapa hantaran di Threads, pemilik akaun @fateeavi berkongsi rakaman keadaan jalan raya yang dipenuhi air dengan beberapa laluan di sekitar DMK turut terjejas akibat banjir.

Menurutnya, keadaan banjir yang dilalui cukup buruk sehingga teksi dinaiki hampir tenggelam ketika meredah kawasan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

 

View on Threads

 

 

Dalam hantaran berasingan, dia turut menunjukkan air sudah memasuki bahagian dalam teksi yang dinaikinya, namun berjaya tiba dengan selamat di hotel penginapan.

Menjawab pertanyaan pengguna Threads mengenai akses ke DMK, wanita itu memaklumkan dia tidak pasti mengenai keadaan semasa, namun mendakwa banyak jalan menuju ke lapangan terbang berkenaan ditutup dan terdapat penumpang yang terkandas di situ.

Bagaimanapun, katanya, keadaan di kawasan Pratunam masih terkawal ketika hantaran berkenaan dibuat meskipun beberapa kawasan lain di Bangkok terjejas akibat banjir.

Semalam, pihak berkuasa Thailand memaklumkan hampir 300 milimeter hujan direkodkan dalam tempoh kira-kira 48 jam sehingga Bangkok diisytiharkan sebagai kawasan terjejas bencana, manakala banjir dilaporkan melanda 93 jalan raya di ibu negara berkenaan.

Lapangan Terbang Don Mueang dan Suvarnabhumi bagaimanapun kekal beroperasi, tetapi pihak berkuasa penerbangan Thailand menasihatkan penumpang menyediakan masa perjalanan tambahan berikutan jalan menuju ke lapangan terbang terjejas dan sesetengah penerbangan berdepan kelewatan. 

Jabatan Meteorologi Thailand pula memberi amaran hujan lebat hingga sangat lebat masih berpotensi melanda Bangkok dan kawasan sekitarnya sehingga hari ini susulan sistem tekanan rendah aktif dan pengukuhan monsun barat daya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×