SERDANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah kira-kira pukul 4 petang tadi bagi memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.
Ketibaan Anwar disambut beberapa bekas pemimpin dan jemaah serta hadirin.
Jenazah isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan disembahyangkan di masjid berkenaan sebelum dibawa ke Presint 20, Putrajaya untuk dikebumikan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Terdahulu, Dr. Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 9.20 pagi tadi.
Pemergian Allahyarhamah disahkan oleh anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.-UTUSAN










