PGA rampas 383 balak di Besut

PGA rampas 383 balak di Besut

RAMPASAN balak oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) di sebuah kilang kayu di di Gong Tengah, Besut, Terengganu. - IHSAN PGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT : Sebanyak 383 batang balak dan tiga mesin gergaji pita dengan nilai keseluruhan RM338,300 dirampas dalam serbuan di sebuah kilang kayu di Gong Tengah, di sini, semalam.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan menerusi Op Bersepadu Khazanah kira-kira pukul  4.30 petang itu dilakukan Cawangan Risik Ibu Pejabat Briged Tenggara PGA Kuantan, Pahang bersama pegawai dan anggota Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT).

Katanya, ketika tiba di lokasi, pasukan serbuan mendapati empat lelaki berusia 40 tahun hingga 52 tahun berada berhampiran bangunan dan kawasan kilang berkenaan. 

“Bagaimanapun mereka gagal mengemukakan dokumen pencukaian kayu ketika diminta. Semakan mendapati kilang terbabit mempunyai lesen pengoperasian yang sah namun dokumen berkaitan kayu yang diproses tidak mempunyai dokumen pembelian kayu bercukai,” katanya.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) Enekmen Industri Berasaskan Kayu 1985 kerana memiliki dan memproses kayu hutan yang disyaki tidak bercukai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×