Penganggur didakwa rogol pelajar tingkatan 2

Penganggur didakwa rogol pelajar tingkatan 2

MHD Ali Salleh didakwa Mahkamah Sesyen Tawau, Sabah. - UTUSAN/NASRAWATI SYARIFUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol remaja 14 tahun, Julai lalu.

Tertuduh, Mhd Ali Salleh, 30, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol remaja perempuan yang masih bersekolah, di kawasan semak di belakang sebuah bangunan lama di Batu 4, Jalan Apas, di sini, pukul 2.40 petang, 7 Ogos lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan penjara hingga 20 tahun dan sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Haikal Hazwan Md Yatin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 22 Oktober bagi serahan dokumen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×