Pasangan OKU sara hidup jual kerepek - Utusan Malaysia

Pasangan OKU sara hidup jual kerepek

MOHD. Hisham Umar dan Noriyati Baharum berniaga pelbagai jenis kerepek di sekitar Alor Setar, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kecekalan pasangan suami isteri orang kurang upaya (OKU) mencari rezeki dengan berniaga kerepek wajar dipuji.

Tidak mahu meminta-minta dan menagih simpati masyarakat, mereka hanya memperoleh sekitar RM100 sehari bagi menyara kehidupan.

Dengan motosikal roda tiga dan sekaki payung, Mohd. Hisham Umar, 57, dan isteri­nya, Noriyati Baharum, 54, dari Langgar di sini, gigih menjual kerepek dari satu lokasi ke satu lokasi di sekitar bandar ini.

Mohd. Hisham yang merupakan OKU fizikal sejak dilahirkan berkata, ada kalanya mereka tidak memperoleh keuntungan kerana kekurangan pelanggan.

“Tetapi kami perlu terus­ berniaga. Kalau tidak, ba­gaimana kami hendak meneruskan kehidupan.

“Memang menerima bantuan Jabatan Kebajikan Ma­syarakat (JKM) sebanyak RM450 sebulan tetapi jumlah itu tidak cukup untuk menampung perbelanjaan harian. Sebab itu kami berdua perlu terus berniaga,” katanya ketika ditemui di gerai mereka di Pumpong.

Menurutnya, mereka keluar rumah seawal pagi untuk mendapatkan bekalan sebelum memulakan perniagaan sehingga lewat petang.

Katanya, sebelum ini mereka berniaga di beberapa lokasi sekitar Alor Setar termasuk di hadapan sebuah bank tetapi terpaksa berpindah apabila jualan kurang memberangsangkan.

“Kemudian kami berpindah ke Stadium Darul Aman dan sekarang di sini supaya lebih ramai orang nampak kami berniaga,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×