Nahas helikopter Ulu Baram: Agong, Raja Permaisuri zahir ucap takziah kepada keluarga mangsa 

Nahas helikopter Ulu Baram: Agong, Raja Permaisuri zahir ucap takziah kepada keluarga mangsa 

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri, Raja Zarith Sofiah. - BERNAMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga juruterbang serta petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang maut dalam nahas helikopter di Sarawak, semalam.

Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar seluruh keluarga dan waris mangsa diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

“Al-Fatihah dan salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga mangsa. Jasa dan pengorbanan mereka akan sentiasa dikenang,” titah baginda menerusi kenyataan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 petang Selasa, sebuah helikopter yang membawa lima individu termasuk empat petugas perubatan dilaporkan terhempas berhampiran Long Lellang STOLport.

Sehingga pukul 11 pagi tadi, identiti penumpang helikopter berkenaan masih belum disahkan secara rasmi sepenuhnya, kecuali pegawai perubatan, Dr. Ainul Baroah Kamaruddin yang dilaporkan terkorban dalam nahas berkenaan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×