Muktamar: Pas Sabah gesa laksana MA63, mansuh subsidi bersasar

Muktamar: Pas Sabah gesa laksana MA63, mansuh subsidi bersasar

ALIAKBAR GULASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas Sabah mahu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diberikan perhatian serius jika kerjasama Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) berjaya merampas Putrajaya kelak.

Perwakilannya, Datuk Dr. Aliakbar Gulasan berkata, perkara berkaitan MA63 tidak perlu lagi dirunding, sebaliknya terus dilaksanakan.

Katanya, MA63 adalah suatu perjuangan yang sangat ditekankan dan dianggap amat penting oleh rakyat Sabah kerana masih ada yang belum diselesaikan.

“Dengan penyatuan ummah yang berlaku dan insya-Allah akan kembali, perhatian kami di Sabah khususnya, di antara perjuangan yang sangat kami tekankan dan sangat kami harapkan adalah perkara berkaitan MA63.

“Sabah tidak mahu lebih-lebih atau lebih daripada yang lain. Sabah mahu hak termaktub dalam Perlembagaan 112C dan 112D merangkumi 40 peratus atau 2/5 hasil negeri dipulangkan,” katanya semasa membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Pas Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat turut menggesa supaya Budi Madani atau apa sahaja nanti ditiadakan serta dihapuskan supaya minyak dan harga minyak di Sabah tidak lagi tanpa subsidi.

Katanya, usul itu disuarakan selepas mengenangkan keadaan amat tertekan dirasakan oleh perwakilan Sabah berikutan perkara yang terkait dengan subsidi bersasar dikenali sebagai Budi Madani.

“Kita di peringkat negeri Sabah telah membuat sedikit kajian dan penelitian. Kita memohon kepada kerajaan bukan setakat menaikkan kuota daripada 200 ke 300 liter sama ada petrol ataupun diesel, tetapi ditiadakan dan dihapuskan.

“Rakyat Sabah adalah antara rakyat yang susah, baru nak bangun berniaga dan menghidupkan keusahawanan. Sabah adalah negeri dengan muka bumi, demografi dan geografi yang sangat memerlukan (subsidi) minyak Kembali ke asal,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×