Muhyiddin bebas 4 pertuduhan Jana Wibawa

Muhyiddin bebas 4 pertuduhan Jana Wibawa

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini daripada empat pertuduhan membabitkan kes Jana Wibawa iaitu salah guna kedudukan dan tiga kes pengubahan wang haram.

Hakim Noor Ruwena Md Nurdin memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ahmad Akram Gharib untuk tidak meneruskan kes itu dengan menggunapakai peruntukkan Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah.

Mahkamah juga membuat keputusan berkenaan mengikut Seksyen 254(3) Kanun Prosedur Jenayah selepas menolak permohonan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) oleh pihak pendakwaan.

Empat pertuduhan yang dibebaskan itu membabitkan satu pertuduhan salah guna kedudukan bagi mendapatkan suapan RM200 juta daripada sebuah entiti.

Bagi tiga pertuduhan pengubahan wang haram pula, ia melibatkan penerimaan wang bernilai RM120 juta dan RM75 juta yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik parti Bersatu, serta satu lagi penerimaan wang RM5 juta ke akaun AmBank milik parti berkenaan daripada entiti yang sama.

Bagaimanapun, Muhyiddin kekal dibicara di mahkamah bagi baki tiga lagi pertuduhan salah guna kedudukan berkaitan Program Jana Wibawa yang masih dihadapinya.

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL…

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×