KPKT, PayNet perkasa agenda transformasi digital PBT

KPKT, PayNet perkasa agenda transformasi digital PBT

AIMAN Athirah Sabu (enam dari kanan) ketika menghadiri Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia (SHKPS) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terus memperkasa agenda transformasi pendigitalan pihak berkuasa tempatan (PBT) menerusi ker­jasama strategik bersama Pay­ments Network Malaysia (PayNet).

Ia dalam memperluas penggunaan pembayaran tanpa tunai bagi urusan perkhidmatan PBT di seluruh negara.

Kerjasama strategik ini men­cerminkan komitmen KPKT untuk memperkasakan PBT sebagai institusi kerajaan tempatan yang cekap, responsif, telus dan berorientasikan rakyat, selaras dengan aspirasi Malaysia Madani

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, KPKT meraikan daya usaha PBT dalam memacu agenda pendigitalan menerusi Anugerah Transaksi Tanpa Tunai Tertinggi PBT dan Anugerah Peningkatan Transaksi Tanpa Tunai Tertinggi Tahun 2026 yang dijayakan melalui kolaborasi strategik bersama pihak PayNet.

Katanya, arus transformasi digital pada hari ini bukan lagi satu opsyen atau pilihan, melainkan satu keperluan yang mendesak kerana masyarakat moden menuntut perkhidmatan awam yang lebih pantas, telus, cekap, dan berintegriti.

Menurut beliau, pengaplikasian transaksi tanpa tunai nyata menjadikan urusan pembayaran lebih efisien, selamat serta mesra pengguna dan perkembangan ini selari dengan hasrat murni KPKT untuk mentransformasikan PBT ke arah pentadbiran moden, berdaya saing serta berteraskan rakyat (people-centric).

“Terima kasih kepada pihak PayNet atas tajaan dan sokongan peruntukan yang diberikan. KPKT berharap agar inovasi dan perkhidmatan digital ini dapat terus diperluas oleh PBT dari semasa ke semasa.

“Langkah ini penting agar rakyat dapat menikmati perkhidmatan awam bernilai tinggi, sekali gus memupuk kembali kepercayaan rakyat terhadap keupayaan institusi kerajaan tempatan,” katanya berucap pada Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia (SHKPS) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di sini.

Sementara itu, KPKT dalam kenyataan memaklumkan, sebanyak sembilan PBT telah dipilih bagi merangkul Anugerah PBT Terbaik Transaksi Tanpa Tunai mengikut tiga kategori iaitu Bandaraya, Perbandaran dan Daerah.

Katanya, tempat pertama bagi setiap kategori menerima barangan bernilai RM30,000 beserta piala iringan, tempat kedua pula menerima barangan bernilai sebanyak RM20,000 beserta piala iringan dan tempat ketiga memperolehi barangan bernilai sebanyak RM10,000 beserta piala iringan.

“Majlis Bandaraya Seremban di Negeri Sembilan dipilih johan bagi kategori bandar raya, manakala Majlis Perbandaran Kajang, (Selangor) dan Majlis Daerah Machang (Kelantan) masing-masing memenangi ka­tegori perbandaran dan daerah bagi anugerah itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×