‘Kak Hasmah lembut tuturnya namun tabah dan kuat jiwanya’

‘Kak Hasmah lembut tuturnya namun tabah dan kuat jiwanya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ‘Kak Hasmah, seorang yang lembut tutur katanya, namun tabah dan kuat jiwanya.’

Demikian kenangan dikongsikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pemergian Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali pagi tadi.

Katanya, beliau dan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan keluarga berdukacita menerima khabar menyedihkan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami mengenali Almarhumah sebagai Kak Hasmah, seorang yang lembut tutur katanya, namun tabah dan kuat jiwanya malah sentiasa mengambil berat tentang orang di sekelilingnya dengan kasih sayang seorang ibu.

“Hari ini, negara kehilangan sosok keibuan yang dekat di hati rakyat. Sementalahan, kami akan mengenang Kak Hasmah dengan rasa kasih yang mendalam, bersama segala jasa dan kebaikan yang ditinggalkannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Anwar, beliau dan Wan Azizah merakamkan setulus takziah kepada Tun Dr. Mahathir serta seluruh keluarga.

“Mendoakan semoga Allah SWT mengampuni Almarhumah, menerima segala amal baktinya serta mengurniakan ketabahan kepada mereka yang ditinggalkan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×