PETALING JAYA: Sebanyak 18 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 3 petang ini.
Berdasarkan kemaskini portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), bacaan IPU tidak sihat tertinggi direkodkan di Serian iaitu 181, diikuti Sri Aman (168), Johan Setia (161), Pasir Gudang (156), Cheras (155), Larkin (155) dan Nilai (154).
Turut merekodkan bacaan tidak sihat adalah Seremban dengan bacaan 153, Samarahan (153), Putrajaya (152), Pengerang (151), Kuching (143), Kluang (138) dan Tangkak (133).
Selain itu, turut merekodkan IPU tidak sihat akibat jerebu adalah Alor Gajah dengan bacaan 129, Shah Alam (126), Kota Tinggi (113) dan Seri Manjung (111).
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya). – UTUSAN









