PETALING JAYA: Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd. memperluas tawaran produk melangkaui kategori beras menerusi pelancaran Jasmine Krim Kelapa, produk baharu khusus untuk pengusaha restoran serta perusahaan kecil dan sederhana (SME).
Produk itu dilancarkan secara rasmi pada Jumaat lalu, bersempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Direka khusus untuk memenuhi keperluan perniagaan perkhidmatan makanan, Jasmine Krim Kelapa mengandungi 24 peratus kandungan lemak dengan tekstur yang lebih halus, berkrim dan konsisten dalam format satu liter. Ia menawarkan nilai yang lebih tinggi dan praktikal untuk perniagaan.
Ketua Pegawai Operasi, Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd., Alan Kwong berkata, pelancaran krim kelapa itu merupakan satu langkah penting untuk Jasmine Food, daripada sebuah syarikat pemasaran beras kepada rakan penyedia penyelesaian sektor perkhidmatan makanan yang lebih menyeluruh, dengan memperluaskan portfolio produk berdasarkan citarasa dan keperluan masakan rakyat negara ini.
“Jasmine Food sentiasa sinonim dengan beras berkualiti, namun kini kami bersedia untuk melangkaui kategori beras dan memperluas peranan sebagai rakan penyedia penyelesaian makanan untuk sektor perkhidmatan makanan.
“Jasmine Krim Kelapa dihasilkan dengan mengambil kira keperluan perniagaan, teksturnya halus, lebih berkrim, sesuai untuk pelbagai jenis masakan dan paling penting, ia memberikan hasil yang konsisten dalam setiap
hidangan,” katanya.
Pelancaran itu turut menyaksikan Jasmine Food memperkenalkan semula rangkaian produknya di luar kategori beras, iaitu Jasmine Santan Kelapa 200 mililiter dan Jasmine Ketupat Mini yang memenuhi keperluan isi rumah serta pengguna yang mencari pilihan mudah untuk penyediaan makanan harian.
Gabungan produk-produk ini mencerminkan strategi Jasmine Food untuk terus memperluas penawaran produk selain kategori beras, serta kekal dekat dengan keperluan pengguna dan sektor perkhidmatan makanan.











