PUTRAJAYA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah helikopter jenis BO-105 dengan nombor pendaftaran 9M-LLF terhempas berhampiran STOLport Long Lellang, Sarawak, hari ini.
CAAM dalam kenyataan ringkas memaklumkan, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian itu sekitar pukul 3.58 petang tadi.
“Helikopter berkenaan sedang menjalankan penerbangan perkhidmatan doktor udara (Flying Doctor Service) dengan membawa lima individu termasuk juruterbang.
“Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan akan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016,” katanya hari ini.
Berita lanjut menyusul. – UTUSAN









