Dua lagi kanak-kanak jatuh longkang meninggal dunia - Utusan Malaysia

Dua lagi kanak-kanak jatuh longkang meninggal dunia

SALAH seorang mangsa yang ditemukan lemas di dalam longkang di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan di Kulim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Dua kanak-kanak yang dikejarkan ke Hospital Kulim selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan, di sini juga disahkan meninggal dunia.

Ia sekali gus menjadikan empat mangsa mati lemas dalam kejadian itu membabitkan kanak-kanak lelaki berusia lapan, 11 dan 12 tahun.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring berkata, dua mangsa itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dan keempat-empat mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk dibedah siasat.

Terdahulu, akhbar melaporkan empat kanak-kanak dilaporkan terjatuh ke dalam longkang di Taman Desa Kayangan dengan dua daripada mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kejadian turut tular menerusi beberapa gambar dan video di media sosial yang memaparkan mangsa dibawa naik dari longkang dan kawasan kolam tadahan oleh beberapa individu dalam keadaan tidak sedarkan diri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×