Dua kanak-kanak lemas terjatuh longkang

Dua kanak-kanak lemas terjatuh longkang

SALAH seorang mangsa yang ditemukan lemas di dalam longkang di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan di Kulim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Dua kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun  lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan, di sini, malam ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam tadi, dua lagi kanak-kanak masing-masing berusia lapan dan 11 tahun turut terjatuh ke dalam longkang itu dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sinring dalam makluman awal memaklumkan, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian sebelum anggota dari Balai Polis Sungai Karangan bergegas ke lokasi.

Menurutnya, setibanya di tempat kejadian, anggota mendapati dua kanak-kanak telah dibawa ke hospital manakala dua lagi disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×