Dua kenderaan Jabatan Penjara masuk kediaman Najib

Dua kenderaan Jabatan Penjara masuk kediaman Najib

KEADAAN di kediaman Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua kenderaan berlogo Jabatan Penjara Malaysia dilihat memasuki pekarangan kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta kira-kira pukul 9.40 pagi tadi.

Memetik laporan Buletin TV3, kenderaan berkenaan dipercayai membawa beberapa pegawai Jabatan Penjara Malaysia yang hadir di kediaman tersebut.

Menurut sumber, kehadiran pegawai terbabit dipercayai bagi menilai kesesuaian kediaman Najib untuk dijadikan lokasi tahanan rumah.

Mereka dilihat meninjau kawasan sekitar kediaman selama kira-kira 15 minit sebelum memasuki semula pekarangan premis.

Bagaimanapun, Pegawai Khas kepada Najib, Ahmad Lutfi Azhar yang ditemui di kawasan berkenaan enggan mengulas lanjut.

Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi daripada Jabatan Penjara Malaysia berhubung tujuan kehadiran pegawai berkenaan.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenan pengampunan bersyarat kepada Najib bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta syarat lain yang ditetapkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×