Cuaca berjerebu, kru FDS tetap terbang kerana mahu tunai janji pesakit

Cuaca berjerebu, kru FDS tetap terbang kerana mahu tunai janji pesakit

Kru helikopter yang dinaiki dilaporkan terhempas dan terbakar di kawasan Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram di Marudi, Sarawak, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SARAWAK: Kru Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) dilaporkan tetap meneruskan penerbangan, meskipun menyedari keadaan cuaca terjejas akibat jerebu kerana mempunyai janji dengan pesakit di destinasi berkenaan.

Perkara itu didedahkan pemilik kedai runcit di Long Siut, Bungan Tegong, 61, yang sempat berbual dengan kru helikopter sebelum mereka meneruskan penerbangan ke Long Lellang.

Menurut Bungan, dia bertanyakan kepada kru mengapa penerbangan masih diteruskan, oleh kerana mereka mengetahui keadaan cuaca ketika itu terjejas akibat jerebu.

“Saya bertanya kepada mereka mengapa mereka masih meneruskan perjalanan jika mereka tahu keadaan cuaca terjejas akibat jerebu.

“Salah seorang daripada mereka menjawab, ‘Tak boleh mak cik, sebab kami sudah ada janji dengan pesakit’,” katanya seperti dilaporkan The Borneo Post.

Bungan berkata, helikopter berkenaan terlebih dahulu mendarat di Long Siut pada tengah hari untuk mengisi minyak, sebelum singgah di kedai runcitnya bagi berehat, minum dan membeli beberapa barangan.

Katanya, kru terlibat meluangkan masa kira-kira sejam di kedainya sebelum meneruskan perjalanan ke Long Lellang.

Ujarnya, salah seorang kru wanita turut bertanyakan sama ada dia pernah ke Long Lellang dan menjelaskan tidak pernah ke kawasan berkenaan.

“Saya kemudian bertanya berapa lama masa yang diperlukan untuk terbang dari Long Siut ke Long Lellang, dan dia berkata kira-kira 10 minit,” katanya.

Bungan berkata, dia mengenali juruterbang terlibat yang kerap mengendalikan penerbangan FDS dan sering berhenti di Long Siut untuk mengisi minyak.

“Juruterbang itu sering menerbangkan FDS dan kerap mengisi minyak di sana. Itulah sebabnya saya mengenalinya,” katanya.

Helikopter BO-105 dengan nombor pendaftaran 9M-LLF itu dilaporkan terhempas berhampiran Long Lellang STOLport kira-kira pukul 3.40 petang tadi.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan helikopter sedang menjalankan penerbangan FDS dengan lima individu termasuk juruterbang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×